Assalamualaikum, dila di sini lagi. Hari ini dila nak post resipi kek kukus bersalut coklat. Memang sedap. Dila dah cuba buat. Ok la jom tengok bahan-bahan dan cara buatnya.
Bahan-bahan kek kukus bersalut coklat
Bahan A
- 1 1/4 cawan air didih
- 1 1/4 cawan serbuk koko
- 3/4 cawan gula kaster
Bahan B
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan minyak jagung
- 1 3/4 cawan tepung kek
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 3/4 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh serbuk soda bikarbonat
Cara-cara membuatnya
1. Didih air dan masukkan serbuk koko dan gula kaster. Kacau sehingga sebati dan sejukkan mengikut suhu bilik.
2. Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan A dengan bahan B dan kacau menggunakan pemukul gulung sehingga sebati (mengacau menggunakan tangan bukan mesin)
3. Masukkan dalam bekas plastik tahan gelombong mikro sehingga masak.
Bahan-bahan toppingnya pula
- 500gm coklat hitam (bar)
- 150gm susu cair/krim
- 1 sudu mentega
Cara-cara membuatnya
1. Campuran semua bahan dalam periuk kecil dan masak sehingga coklat itu cair. Curahkan di atas kek yang telah siap di kukus dan hiaskan mengikut citarasa anda.
Dila akan post lagi resipi-resipi yang lain. Itu sajalah dila post
Hai ....... Dila di sini ...... ok dila nak cerita sedikit ini . Tahun depan "2013" Dila akan menghadapai peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun Dila gelarkan "Sijil Paling Mahal" ... Hmmmm ...... yang sedihnya 2013 ini peperiksaannya akan bertambah dengan sejarah kertas 3. walaupun boleh tengok buku tapi ia banyak mengenai Malaysia pada zaman kini . Pening juga ye .... Tapi tak pe jom kita tenangkan fikiran dahulu ... Sebab Dila baru habis peperiksaan akhir tahun ..... Walaupun penat berfikir ... Tapi di dalam hati masih terasa ingin belajar masa cuti akan datang ini .... Dila akan usaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 7A ataupun 8A dalam peperiksaan nanti . Insyaallah ...
Dan Dila nak doakan yang mengambil SPM pada tahun 2012 ini . Terutama sekali kakak Dila iaitu ADDIBAH AZHAR dan kakak sepupu Dila iaitu NABILAH AZMIN .. Good luck ye di dewan peperiksaan nanti ... Buat yang terbaik ye .....